KARANG NGAH 28 & 29 SEPT. 2013 VIDEO 1

KARANG NGAH 28 & 29 SEPT. 2013 VIDEO 2

MEMANCING PULAU AUR JUN 2013

Sunday 10 November 2013

TRIP MEMANCING APRIL 2014

Salam kepada Pemancing2 Tegar.. Trip Memancing laut dalam anjuran Kelab Joran Kulai bagi tahun 2013 telah berakhir. Terima Kasih kepada semua peserta yang menyertai kami tahun ini dari Trip Bulan April, Jun, Sept dan November 2013.. untuk makluman trip seterusnya pada Bulan April 2014 (19 & 20hb April 2014) Cadangan Lokasi Pulau Tioman. Bagi yang berminat boleh bersedia untuk membuat tempahan.. Kali ini terhad satu bot sahaja.. Pertanyaan boleh hubungi Pengurusan Kelab Joran Kulai 0106640102 @ 0127606789 (Ismail)

Tuesday 29 October 2013

TRIP MEMANCING SEDILI KE TOKONG U & KARANG NGAH

Lokasi dan Bot di Jeti Sedili Besar. Perjalanan dari Kulai Ke Jeti Sedili Besar 88KM (1 jam perjalanan). Dari Jeti Sedili Besar ke Karang Ngah 2 jam 45 minit / Dari Jeti Sedili Besar ke Tokong U 1 jam 40 minit

Thursday 17 October 2013

Monday 14 October 2013

Aktiviti Manciing Kolam Teluk Jawa

13 Okt. 2013 Aktiviti Memancing di Kolam Teluk Jawa Membuahkan hasil tangkapan yang jarang2 di diperolehi...

Sunday 23 June 2013

Jackpot Kolam NanYang Ayer Bemban Kulai

Setiap hari Ahad Malam Isnin Jackpot akan diadakan di Kolam Nanyang Ayer Bemban, Kulai.

Berikut jadual Jackpot;

Tarikh/Hari : Setiap hari Ahad Malam Isnin
Masa : 8:30 malam - 11:30 Malam
Yuran Penyertaan : RM25.00 (1 joran)

Hadiah sekiranya penyertaan 50 peserta keatas.
RM700.00 @ RM500.00 (mengikut Jumlah Peserta) Ranking 1

Hadiah Ranking 1 hingga ke-7 di pertandingkan sekiranya peserta melebihi 50 keatas.

Semua jenis ikan dipertandingkan (Partin , Rohu, Tongsan, Liko)

Saturday 22 June 2013

Damai Fishing Village

23 Jun 2013 ; Kelab Joran Kulai kali ini meninjau di Kolam Damai Fishing Taman Perling...

Friday 21 June 2013

KOLAM BROTHER MIDNIGHT

22 Jun 2013 ; aktiviti memancing Midnight di Kolam Brother Taman Perling telah memberikan hasil 6 ekor ikan "4 ekor ikan Bawal / 1 ekor ikan Merah / 1 ekor ikan Unga"

Monday 17 June 2013

Program Memancing Laut Dalam Karang Ngah Mersing Johor


Kelab Joran Kulai ; Sekali lagi penganjuran buat kali ke-2 trip memancing ke Karang Ngah akan diadakan pada September, 2013. Bot 1 telah dipenuhi dan jika ada yang ingin mengikuti trip ini boleh membuat tempahan segera bersama peserta seramai 8 perserta, pihak kami akan membuat tempahan bot untuk bagi yang mengikuti trip ini.

Syarat-syarat penyertaan ;

1. Setiap peserta hendaklah membuat bayaran deposit sebanyak 70% dari jumlah penuh. Bayaran deposit
    hendaklah dijelaskan 2 bulan lebih awal sebelum bertolak.
2. Trip ini dikenakan bayaran berjumlah RM250.00 setiap peserta (Makan/Minum/Umpan)
     Berikut Umpan yang disediakan ; 1. Udang Hidup
                                                        2. Sotong Segar
                                                        3. Udang segar
3. Trip Memancing ini 2 hari 1 Malam
4. Hanya 8 peserta sahaja untuk setiap Bot.
5. Pihak kami tidak menyediakan tanggungan minyak perjalanan darat oleh itu peserta hendaklah
    menyediakan sendiri.
6. Pembahagian Ikan pancing adalah sama rata.

Bagi yang berminat boleh hubungi Kelab Joran Kulai : 012-7606789 (Ismail) Faks : 07-6626932 
E-Mail : joranqly2013@gmail.com

TRIP MEMANCING PULAU AUR, KARANG NGAH & PULAU TINGGI MERSING JOHOR

Kelab Joran Kulai telah menganjurkan program memancing di Pulau Aur, Karang Ngah dan Pulau Tinggi pada 15 & 16hb Jun 2013..





Wednesday 5 June 2013

TRIP MEMANCING PULAU AUR Anjuran KELAB JORAN KULAI

Kelab Joran Kulai menganjurkan trip memancing laut dalam ke Pulau Aur pada 15 & 16hb Jun 2013 "2 hari 1 malam". Bayaran dikenakan setiap seorang hanya RM250.00 termasuk umpan dan makan/minum di Bot. Setakat ini 7 peserta yang mengikuti trip ini dan hanya 1 kekosongan sahaja yang tinggal. Bagi yang berminat boleh hubungi 0106640102 @ 0127606789 Saudara Ismail.

BERIKUT JADUAL TRIP
15 Jun 2013 (Sabtu)

4:00 Pagi
Bertolak ke Jeti Tanjung   Leman dari Kulaijaya, Johor

7:00 Pagi
Bertolak ke Pulau Aur dari Jeti Tanjung Leman

16 Jun 2013 (Ahad)

2:00 Petang
Bertolak balik dari Pulau Aur Ke Jeti Tanjung Leman

6:00 Petang
Bertolak balik dari Jeti Tanjung Leman ke Kulaijaya, Johor.

Monday 3 June 2013

Kerapu 3Kg dan Bawal

Salah seorang pemancing telah berjaya menaikkan kerapu anggaran 3 KG jam 5 pagi pada 4hb Jun 2013 di Kolam Brother Taman Perling..

Seekor lagi ikan bawal juga berjaya dinaikkan di Kolam yang sama dan hari yang sama..

Thursday 28 March 2013

Pertandingan Memancing

Pertandingan Memancing di Wet World Tasek Merdeka, Bukit Pasir Batu Pahat Johor.

Yuran RM100.00

Hadiah
Johan : RM70,000.00
N. Johan : RM13,000.00
Ke Tiga RM : 7,000.00

Hadiah hingga ke tempat 60

Pendaftaran bermula
13hb April 2013 Sabtu

Pertandingan pada
14hb April 2013 Ahad
Jam 9:00 pagi - 1:00 tengahari

Tuesday 26 March 2013

Lokasi Jeti kedua Sungai Telur

Ahli Kelab ke Sg. Telur di kawasan yang lain kali ini.. Jeti ini lebih kepada mencari udang Sungai..

Thursday 21 March 2013

Memancing di Sungai Telor

Kali ini, ahli kelab joran Kulai mencuba nasib memancing di Sungai Telur.. hanya Baung sahaja berjaya dinaikkan..

Sunday 17 March 2013